JUMPA FANS

artis, infotainment, fans, celebirty, gosip, sport, dll

Your Ad Here
Wednesday, November 26, 2008

TURUN JET PERIBADI-ASHRAF N BUNGA

Posted by serdadoe







Pasangan selebriti Malaysia-Indonesia yang baru saja mendirikan rumahtangga, Ashraf Daniel Sinclair, 29, dan Bunga Citra Lestari, 25, selamat tiba di Lapangan Terbang Subang, Kuala Lumpur dengan menaiki jet peribadi kira-kira jam 4.55 petang tadi.
Jet peribadi yang dinamakan The Grace itu adalah kepunyaan usahawan Indonesia yang kaya-raya iaitu Usman Sapta yang juga pemilik kepada penerbangan Lion Air, Indonesia. Usman yang juga bapa kepada rakan baik Bunga memberikan tajaan penerbangan tersebut sebagai hadiah perkahwinan buat Bunga-Ashraf.
Ashraf dan Bunga yang tiba bersama entourage mereka termasuklah penyanyi Singapura, Syed Azmir serta Sazzy Falak dan suaminya, Nazril kelihatan gembira sebaik saja menjejakkan kaki di lapangan tersebut.
Mereka juga kelihatan cukup bangga sekali mengenakan kemeja-t yang bertulis, Just Married! Apa yang lebih menarik, sebuah kereta mewah Rolls Royce sedia menanti pasangan mempelai itu di perkarangan lapangan terbang terbabit.
"Saya sangat gembira dengan perkahwinan kami ini. Saya juga sangat senang sekali apabila dapat mempersuamikan Ashraf. Dia seorang lelaki yang hebat dan menjaga saya dengan cukup baik sekali. "Tapi memandangkan kami masih lagi mempunyai 2 majlis resepsi yang perlu dilakukan di sini, maka kami masih lagi belum dapat menikmati mood sebagai pasangan suami isteri yang sebenar," katanya.
Mengulas tentang majlis perkahwinanya yang telah dilabel sebagai Wedding of The Year di Jakarta, penyanyi seksi yang> terkenal dengan lagu berjudul Engkar ini memberitahu, apa yang diimpikannya hanya sebuah perkahwinan yang terbaik. "Atas sebab itu, segala perancangan telah dilakukan sejak awal lagi dan saya menyerahkan tugasan itu kepada mereka yang lebih pakar dalam soal-soal yang berkaitan dengan majlis perkahwinan.
"Tidak sangka juga bila ramai yang menggelarkan ia sebagai Wedding of The Year. Rasa seronok bila mendapat maklum balas yang sebegitu. Tetapi konsep garden party yang dipenuhi dengan bunga-bungaan yang segar serta berwarna lembut hasil dekorasi Lotus itu memang menjadi pilihan saya, " katanya yang telah memilih Rina Gunawan sebagai Wedding Planner.

0 comments:

Post a Comment